ARTIKEL

Hadiah wang tunai keseluruhan RM4,800

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Bola Sepak Veteran Samarahan 2023 akan bermula 3 February 2024.

Menghimpunkan sejumlah 24 pasukan mewakili pelbagai kelab dari Kuching, Kota Samarahan serta daerah sekitarnya.

Pengerusi Kejohanan Abdul Muhtalip Tagak memberitahu, kejohanan julung kali itu dianjur oleh V-Foss FC yang menyaksikan hadiah wang tunai keseluruhan RM4,800.

“Kuota 24 pasukan sebagai mana ditetapkan sudah pun terisi sepenuhnya.

“Format kejohanan secara liga kumpulan dan dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah singkir,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya lagi, kejohanan akan berlangsung setiap hujung minggu sepanjang bulan Februari tahun depan.

“Padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya akan digunakan sebagai gelanggang sepanjang saingan berlangsung kelak,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU