ARTIKEL

Osman Jamel

Hadiah wang tunai RM10,250 bakal menanti pemenang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEBUYAU: Padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak apabila berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau, Dato Sri Haji Julaihi Narawi merangkap Menteri Utiliti Dan Komunikasi Sarawak.

Pengerusi Kejohanan, Osman Jamel menegaskan, kejohanan yang merupakan program penyeri suasana setiap kali lebaran di kawasan terbabit akan bermula pada hari raya ketiga.

Menurut Osman, seperti mana biasa kejohanan kali ini terhad kepada 50 pasukan sahaja dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,250 menanti kelompok empat pasukan terbaik.

“Sang juara akan menerima wang tunai RM5,000 beserta piala dan jersi.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM3,000 bersama piala dan jersi.

“Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM1,500, piala dan jersi. Berbanding, wang tunai RM750 dan jersi,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.

Osman memberitahu, penyertaan kini sudah mula dibuka dan wakil atau pengurus pasukan boleh mendaftar barisan pemain masing-masing.

Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi Osman (014-5888732), Encik Esa (016-8909532) dan Encik Satar (011-33315174).

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU