ARTIKEL

PENGERUSI...Abdul Muhtalip Tegak.

Hadiah wang tunai RM3,600 menanti pemenang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Liga Bola Sepak Veteran 9 Sebelah 2024 akan bermula 4 Mei depan di padang bola sepak Kampung Tambirat Lot, Asajaya.

Bakal menghimpunkan 32 pasukan mewakili pelbagai kelab handalan sekitar Kuchinh, Kota Samarahan, Serian serta beberapa daerah lain seperti Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak menegaskan, saingan kali ini menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM3,600.

“Setakat ini sebanyak 27 pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka, sambutan yang cukup luar biasa sekali,” ujar Muhtalip ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

Menurut Muhtalip, juara akan menerima wang tunai RM1,600 termasuk piala, pingat dan jersi.

Manakala, naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM500 termasuk piala selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambah Muhtalip.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,