ARTIKEL

Hadirin upacara pengebumian di Kampung Emperoh Jambu perlu tampil jalani ujian saringan Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Individu yang hadir ke upacara pengebumian di Kampung Emperoh Jambu pada 3 hingga 5 Februari lalu diminta tampil membuat ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan.

Adun Mambong, Datuk Dr Jerip Susil berkata ia berikutan berlaku penularan Covid-19 di kampung berkenaan, yang bukan sahaja menjangkiti penduduk kampung terbabit tetapi juga penduduk dari kampung lain.

“Saya difahamkan terdapat kes daripada kluster tersebut turut melibatkan penduduk dari Kampung Petag dan Kampung Simboh yang hadir pada upacara pengebumian itu.

“Kes ini melibatkan ahli keluarga bagi kedua-dua kampung tersebut, ia melibatkan bapa, ibu dan anak mereka.

“Kita harap mereka yang mempunyai kontak di Kampung Petag dan Kampung Simboh tidak mewujudkan kluster baharu,” katanya yang ditemu-bual semasa tinjauan di Pos Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Emperoh Jambu, di sini hari ini.

Menurutnya, Unit Keselamatan Negeri akan membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dalam mengesan kontak rapat bagi kluster berkenaan.

Sementara mengenai pelaksanaan PKPD di Kampung Emperoh Jambu, Jerip yang juga Menteri Muda Pengangkutan berkata penduduk tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan bantuan makanan kepada mereka.

“Bantuan makanan ini akan diagihkan kepada 109 buah rumah dengan dibantu oleh Angkatan Pertahan Awam (APM) dan pusat khidmat saya.

“Saya menasihatkan penduduk agar bersabar dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD yang ditetapkan,” katanya.

Kampung Emperoh Jambu kini diletakkan di bawah PKPD dan turut diisytiharkan sebagai kluster baru, berikutan penularan wabak Covid-19 di situ.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya