ARTIKEL

Hafiz latih Sindhu, buru pingat Olimpik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BEKAS juara All England dari Malaysia Muhammad Hafiz Hashim melatih bintang badminton India, PV Sindhu dalam usahanya untuk memenangi satu lagi pingat Olimpik.

Sindhu, 28, kelahiran Hyderabad, merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 dan gangsa pada edisi Tokyo 2020.

Juara dunia 2019 itu bergelut dengan prestasinya sejak akhir-akhir ini ketika membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Paris yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

“Selepas proses yang panjang dan berlarutan, saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa saya memilih Hafiz Hashim yang hebat sebagai jurulatih.

“Hafiz memiliki semua ciri-ciri yang saya cari pada seorang jurulatih, termasuk ketinggian, kelajuan, dan naluri menyerang,” kata Sindhu dalam catatan media sosial kelmarin.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu baru-baru ini meminta kelulusan Pihak Berkuasa Sukan (SAI) India untuk menerima latihan daripada Hafiz.

Hafiz, 40, melepaskan jawatannya sebagai jurulatih bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hujung tahun lepas dan menerima tawaran daripada Akademi Badminton Suchitra (SBA) di Hyderabad tahun ini.

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU