ARTIKEL

ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada menyokong RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 di sini, hari ini.

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pindaan Seksyen 23 Subseksyen (3) Rang Undang-undang Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024, iaitu haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam mana-mana premis makanan, adalah tepat pada waktunya dan harus disokong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, kucing dan anjing adalah antara haiwan yang biasa dipelihara oleh orang ramai.

ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin turut menyokong RUU berkenaan.

“Namun, banyak penyakit yang dibawa oleh dua haiwan ini yang boleh menjangkiti manusia, dan antaranya ialah rabies.

“Bukan itu sahaja, haiwan-haiwan ini juga pembawa kepada penyakit zoonotik yang merupakan isu penting dan bahaya yang mesti dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, berdasarkan laporan pada 27 Januari lalu, tiga kematian rabies direkodkan di Sarawak.

Ujarnya, ini menjadikan jumlah kematian 71 daripada 78 kes manusia sejak ia diisytiharkan pada Julai 2017 akibat gigitan anjing dan kucing.

Atas sebab-sebab ini, adalah wajar untuk tidak membenarkan mana-mana haiwan peliharaan dibawa masuk ke dalam premis makanan oleh pemilik premis atau gerai premis makanan.

Sementara itu, ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin turut menyokong RUU tersebut dan menyatakan beberapa sebab menyokongnya.

“Antaranya adalah berkaitan dengan isu kesihatan. Haiwan boleh membawa bakteria, parasit dan patogen lain yang boleh mencemari makanan dan menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia.

“Sesetengah orang juga mempunyai alahan terhadap haiwan dan pemilik mestilah menyediakan persekitaran yang selamat serta meminimumkan risiko tindak balas alahan atau isu kesihatan yang berkaitan dengan pendedahan kepada haiwan,” katanya

Ujarnya, keselamatan adalah sebab kedua beliau menyokong RUU ini kerana haiwan boleh menimbulkan gangguan atau kebimbangan keselamatan yang berpotensi buat pengunjung premis makanan lain, seperti menyalak, tingkah laku agresif dan sebagainya.

“Selain itu, haiwan peliharaan ini juga boleh menjadikan keadaan tidak bersih seperti pemendapan atau penumpahan sisa yang boleh menjejaskan kebersihan premis makanan dan ketidakselesaan.

“Saya percaya, kita menyayangi haiwan peliharaan tetapi perlu mengutamakan keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan premis makanan dan orang ramai juga,” jelasnya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)