ARTIKEL

Syed Saleh bertemu dengan pengamal media yang turut menyertai rombongan Ibadah Haji pada Majlis Keberangkatan Petugas Haji 1445H/2024 di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA pada 2 Mei lepas.

Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH: Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata petugas media yang membuat liputan haji musim ini memainkan peranan penting dalam memberikan informasi terkini supaya dapat menangkis maklumat tidak tepat dan mengelirukan.

Syed Saleh berkata perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia sekali gus mengelak sebarang kerisauan, khususnya ahli keluarga jemaah haji yang berada di tanah air.

“Alhamdulillah, saya telah meninjau Bilik Operasi Media dan melihat kerja-kerja harian pasukan media yang dibawa oleh Tabung Haji.

“Hingga kini, mereka memberi pelbagai informasi yang tepat dan informasi ini juga penting kepada bakal-bakal haji untuk memahami proses dan suasana yang akan dilalui nanti, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas mengadakan lawatan di Bilik Operasi Media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Hotel Abraj Al Janadiriyah di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan, Mohamed Heikal Mohamed Yusuff, dan Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan, Ahmad Shahriman Johari.

Pada tahun ini, katanya, terdapat sedikit kelainan dalam liputan apabila media turut menyiarkan berita menerusi pelbagai medium seperti media sosial, media cetak, televisyen dan radio.

“Setiap tahun, kita akan teliti keberkesanan saluran media dan penerimaan penonton tentang berita yang disampaikan, dan kita akan beri peluang kepada lebih banyak syarikat media, insya-Allah,” katanya.

Seramai 14 petugas media daripada pelbagai agensi, antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), RTM, NSTP, Media Mulia, Astro Awani, Sinar Harian, TV Al-Hijrah dan TV Sarawak membuat liputan bagi musim haji tahun ini. – BERNAMA (Noor Shamsiah Mohamed @ Ismail)

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

BERITA TERBARU