ARTIKEL

Hak Sarawak harus dikembalikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mana-mana hak yang sudah terhakis sama ada secara sengaja atau tidak sengaja hendaklah dikembalikan kepada Sarawak, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, selepas 58 tahun sejak pembentukan Malaysia, Sarawak setakat ini sudah mencapai sedikit kemajuan untuk mengembalikan hak-haknya dan mendapat pulangan hasil yang lebih adil kepada negeri ini dan rakyatnya.

“Antara kemajuan yang dicapai sekarang adalah Sarawak mendapat pulangan yang lebih daripada hasil minyak dan gasnya dengan mengenakan cukai jualan ke atas produk minyak dan gas yang keluar dari bumi Sarawak.

“Seterusnya melalui Perjanjian Penyelesaian Secara Komersil (CSA) yang dimeterai dengan Petronas, Sarawak sekarang juga mempunyai hak ekuiti dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) yang dianugerahkan oleh Petronas.

“Malah, Sarawak turut mempunyai hak untuk menganugerahkan konsesi penerokaan bagi medan-medan minyak di daratan seperti di Miri dan Marudi berdasarkan Ordinan Perlombongan Minyak 1958,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada negara yang berlandaskan konsep persekutuan, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akur bahawa negeri ini ditadbir mengikut undang-undang persekutan dan juga undang-undang negeri.

“Terdapat kuasa di bawah persekutuan dan ada juga kuasa di bawah negeri, di samping kuasa-kuasa di bawah Senarai Bersama dan ini semua termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963.

“Apa yang penting, harus ada persefahaman antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam konteks penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Wilayah Semenanjung, Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah.

“Oleh itu, kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hendaklah sama-sama wujud dan mentadbir dalam suasana yang harmoni berlandaskan perlembagaan,” katanya.

BERITA LAIN

Nempa Sarawak nyadi tibang pemakai

TUSUN KETERUBAH MINAT Reynold anak Jacktola, 29, ti rindu agi dikangau Nol ba pengawa betanam betupi nya endang dikembuan iya ari mit laban iya datai

Tebing Sungai Saratok deka diseleti meruan

SARATOK: Perintah Sarawak deka nyeleti pengkalan ba seberai Pasar Saratok enggau jematan dikena ngelayang Sungai Paon. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri madah, sepenyampau

BERITA TERBARU