ARTIKEL

Donald Trump. Foto: REUTERS | BERNAMA

Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Perbicaraan hari pertama kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menghadapi pertuduhan menyimpan dokumen sulit kerajaan telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Tarikh perbicaraan yang sebelum ini dijadualkan bermula pada 20 Mei telah dibatalkan, kata hakim yang mengendalikan kes itu, Aileen Cannon, dalam satu surat pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa isu undang-undang yang belum diselesaikan menjadi punca penangguhan berkenaan.

Oleh itu, perbicaraan berkemungkinan tidak akan bermula sebelum pilihan raya presiden AS pada November.

Keputusan itu merupakan kejayaan bagi calon Republikan berkenaan, kerana beliau cuba melambatkan permulaan perbicaraan sebanyak mungkin.

Trump, 77, berharap untuk kembali ke Rumah Putih selepas pilihan raya presiden.

Trump kini juga sedang dalam perbicaraan di mahkamah New York berhubung kes wang sogok kepada seorang pelakon lucah.

Namun, ini bukan satu-satunya masalah undang-undang Trump.

Tahun lalu, Trump didakwa dengan tuduhan persekutuan berkaitan kes dokumen tersebut.

Beliau dituduh menyimpan maklumat sensitif dari tempoh pemerintahannya antara 2017 dan 2021 secara tidak sah.

Pada Ogos 2022, FBI telah menyerbu kediaman Trump di Florida dan merampas beberapa set dokumen yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit.

Trump juga dituduh bersubahat untuk menghalang siasatan.

Beliau didakwa menggunakan rakan sekutu untuk memadamkan rakaman dari kamera pengawasan dan mengalihkan kotak dokumen.

Trump mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dikemukakan di Miami tahun lepas.

Peguamnya masih cuba menggagalkan perbicaraan itu dengan menegaskan kekebalan Trump sebagai presiden.

Mereka berhujah bahawa penyimpanan dokumen itu sebagai rekod peribadi adalah tindakan rasmi presiden. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)