ARTIKEL

Hala tuju jelas, mudah berjaya – Pengasas YAST Group

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kaedah perancangan pantas adalah sistem pemikiran dalam diri seseorang yang dapat menciptakan kehidupan memuaskan serta sentiasa berkembang maju.

Pengasas YAST Group Esther Law Lee Poh berkata, RPM bukan sistem pengurusan masa dan sistem ini mungkin pada mulanya kelihatan seperti memerlukan lebih banyak kerja untuk dilakukan dalam kehidupan.

‘’Kaedah ini merupakan pelan berfokuskan hasil, didorong oleh tujuan dan seterusnya melakukan pelan tindakan secara besar-besaran.

Ia menjawab persoalan seperti apa sebenarnya anda mahukan?

Apakah tujuan anda?

Apakah yang perlu anda lakukan?

‘’Jika anda tidak mengetahui apa-apa yang sebenarnya anda inginkan, mengapa anda mahukannya dan sebagainya?

“Anda tidak akan mengetahui apa sebenarnya yang benar-benar dinginkan dalam kehidupan,’’ katanya pada Kursus Kepimpinan bertajuk Wheel of life di pejabat YAST Group di sini, semalam.

Mengulas lanjut kata Esther, jika ada yang berjaya dalam apa-apa jua perkara dan bukan hanya sekali sekala tetapi secara konsisten, mereka tidak bernasib baik, namun sebenarnya fokus terhadap apa-apa yang mereka inginkan.

Apabila seseorang mempunyai hala tuju jelas dalam apa-apa yang dimahukan, lebih mudah untuk mereka mencapai keinginan kerana otak akan berusaha untuk mencapai kejayaan itu, katanya.

‘’Disebabkan itu, kita perlu menggunakan kaedah perancangan pantas dan kita perlu mempunyai peta untuk merealisasikan objektif yang kita inginkan dalam hidup.

“Misalnya jika anda ingin menjadi kaya, bagaimana anda merealisasikan perkara itu?

‘’Dengan memulakan perniagaan, menceburi diri dalam bidang keusahawanan dan sebagainya.

Tetapkan jangka masa apa-apa yang ingin dicapai dalam jangka masa setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun dan seterusnya dan ini akan membantu kita lebih focus untuk mencapai kejayaan.

“Kita menua setiap hari, perubahan berlaku, ia fitrah kehidupan.

Tetapi ramai orang tidak berkembang dengan kebijaksanaan dan mengabaikan perancangan masa depan, membawa kepada kekurangan pencapaian dalam diri mereka.

‘’Untuk menangani perkara ini, penggunaan teori seperti Wheel of Life dan kaedah RPM dapat membantu peserta menilai kehidupan mereka dan menggariskan matlamat dalam hidup.

“Dengan menilai aspek kehidupan yang berbeza, kita boleh mengenal pasti kekurangan dan berusaha ke arah penambahbaikan,’’ katanya.

FOTO RAMIDI SUBARI

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan