ARTIKEL

Hamas lancar serang balas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

GAZA: Pejuang Hamas melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal serta tembakan mesingan dalam serangan balas ke atas tentera Israel di utara dan selatan Gaza sewaktu kenderaan perang itu menyerang bandar utama yang menggusarkan nasib orang awam Palestin.

Tentera Israel ketika ini sedang memperluaskan operasi darat di Gaza dengan alasan mahu menghukum Hamas.

Briged al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas yang memerintah Gaza, berkata pejuangnya bertempur semalam apabila tentera Zionis menyerbu paksi selatan Gaza, dengan menggunakan mesingan malah menyasarkan empat kenderaan menggunakan peluru berpandu al-Yassin 105 atau peluru berpandu anti kereta kebal keluaran tempatan.

Kata al-Qassam lagi, pejuang mereka turut menyasarkan dua kereta kebal dan jentolak Israel di barat laut Gaza dengan peluru berpandu.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan pertempuran itu dan tiada maklum balas daripada tentera Israel.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan 8,306 orang, termasuk 3,457 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengesahkan tiada gencatan senjata dalam perang ke atas Palestin. Kenyataan itu dikeluarkan walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bantuan tidak mencukupi untuk memenuhi ‘keperluan kemanusiaan yang belum pernah terjadi’.

Operasi ketenteraan yang semakin giat itu meningkatkan kebimbangan terhadap 2.4 juta penduduk Gaza, yang sudah mengorbankan lebih 8,300 orang.

Dalam taklimat kepada akhbar asing, Netanyahu menyifatkan gencatan senjata adalah seperti menyerah kepada Hamas, yang didakwanya sudah membunuh 1,400 individu dan menjadikan lebih 230 orang sebagai tebusan.

“Gesaan untuk gencatan senjata adalah seruan untuk Israel menyerah kepada Hamas, menyerah kepada keganasan.

“Ini tidak akan berlaku, kita akan berperang,” katanya. Sekutunya, Amerika Syarikat (AS) juga membantah gencatan senjata. “Kami tidak percaya gencatan senjata adalah jawapan yang betul sekarang,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby, yang juga berkata bahawa ‘berhenti seketika’ untuk mendapatkan bantuan ke Gaza harus dipertimbangkan.

Israel ketika ini menghantar kereta kebal ke pinggir bandar Gaza, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meluas. 

LAIN-LAIN BERITA

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

China keluarkan amaran cuaca buruk

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji. Pihak berkuasa memperbaharui

Gaza jadi zon maut, kata ketua WHO

NEW YORK: Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang “tidak berperikemanusiaan” kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot, menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

Keadaan di Gaza semakin bahaya – WFP

KUALA LUMPUR: Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini “semakin bahaya”, menggesa akses segera dan selamat untuk memastikan bantuan dapat disalurkan

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun