ARTIKEL

Kredit: Mercedes AMG PETRONAS Team

Hamilton harapkan pencapaian terbaik pada musim terakhirnya bersama Mercedes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, berharap dapat mempamerkan aksi yang memberangsangkan untuk mencabar kejuaraan pada musim terakhirnya bersama pasukan Mercedes AMG PETRONAS.

Pemandu Britain berusia 39 tahun itu mengakui keputusan permulaan musim tidak sehebat dijangkakan selepas hanya menduduki tempat ketujuh di Grand Prix (GP) Bahrain dan kesembilan di GP Arab Saudi tetapi optimis dapat meraih kejayaan di GP seterusnya bersama pasukan Silver Arrows.

“Musim ini tidak bermula dengan baik, jadi kami berdepan dengan satu lagi cabaran dan saingan yang sukar dan saya fikir saya hanya mahu menamatkan perlumbaan musim ini dengan hebat. 

“Kami menghadapi musim ini dengan cara yang sama seperti kebiasaannya dengan melakukan beberapa perkara yang menakjubkan bersama-sama, satu keistimewaan dan keseronokan untuk bekerja bersama Mercedes dan PETRONAS.

“Saya fikir saya hanya mahu menamatkan di kedudukan yang tinggi dan memberikan segala-galanya pada kejuaraan tahun ini, malangnya bukan buat masa ini tetapi perjalanan masih jauh,” katanya kepada BERNAMA dalam temu bual eksklusif di sini, semalam.

Baca lain  Misi 2022/2023 Malaysia terancam keputusan akhir FIFA

Hamilton, yang menyertai Mercedes pada 2013 dan telah memenangi enam kejuaraan dunia dan 82 GP, akan meninggalkan pasukan Silver Arrows yang pernah mendominasi siri perlumbaan F1 pada penghujung musim ini yang mempunyai 24 perlumbaan, untuk menyertai pasukan Ferrari pada 2025.

Juara dunia tujuh kali itu (2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019, 2020) berkongsi penghormatan bersama legenda F1, Michael Schumacher, dengan gelaran juara dunia F1 paling banyak, dan bertekad untuk memecahkan rekod itu dengan merebut kejuaraan dunia kelapan.

“Mungkin terlalu jauh buat masa ini tetapi itulah ‘bintang utara’ (simbol harapan dan arah). Ia melibatkan keseluruhan pasukan, ramai orang perlu bersatu dan melaksanakan tugasan yang luar biasa.

“Itulah yang kami usahakan, berkomunikasi, berusaha untuk menghadapi pelbagai cabaran yang ada di sana,” katanya.

Mercedes, yang merupakan pasukan dominan dari 2014 hingga 2021, kini menghadapi kemarau kemenangan GP sejak rakan sepasukan Hamilton, George Russell, muncul juara di GP Brazil pada 13 November 2022.

Hamilton, yang singgah sebentar di Malaysia dalam perjalanan ke Melbourne untuk GP Australia hujung minggu depan, membuat penampilan istimewa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat di sini, semalam, di mana beliau melihat sendiri usaha berterusan ke arah kelestarian dan biodiversiti. – BERNAMA

BERITA LAIN

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

SUKMA XXI 2024: Petinju diingat kekal disiplin

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) mengingatkan atlet khususnya yang terpilih mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 agar mengekalkan disiplin mereka. Presiden SABA,

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa