ARTIKEL

Fishermen gather under a faulty structure along a damaged roadside, as boats are stacked near a jetty following heavy rainfall in Gwadar in Balochistan province on April 18, 2024. At least 65 people have died in storm-related incidents including lightning in Pakistan, officials said, with rain so far in April falling at nearly twice the historical average rate. (Photo by AFP)

Hampir 100 korban banjir kilat Pakistan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISLAMABAD: Hampir 100 orang maut dan ramai yang cedera dalam insiden seminggu lepas berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda bahagian barat laut dan barat daya Pakistan.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (NDMA), hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa (KP), Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir di bawah pentadbiran Pakistan, lapor Agensi Anadolu.

Setakat ini, 98 maut dan 89 lagi cedera di dalam kawasan ini akibat struktur bangunan yang runtuh, menurut laporan terkini NDMA.

Sekitar 3,261 kediaman rosak dengan 536 daripadanya musnah sepenuhnya.

Banjir besar dan tanah runtuh juga mengakibatkan kerosakan jalan raya dan jambatan di KP dan Balochistan.

Dalam satu kenyataan berasingan, NDMA mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga 22 April dengan potensi untuk banjir di Wilayah Balochistan dan KP.

“Jangkaan jumlah hujan mampu mencetuskan banjir kilat di saluran air beberapa wilayah termasuk Khuzdar, Ziarat, Zhob, Sherani, Muslim Bagh, Quetta, Pishin, Kech, Panjgur, Gwadar, dan Turbat,” katanya.

NDMA juga meramalkan hujan lebat dari 25 hingga 29 April dan menggesa orang awam untuk menjauhi infrastruktur yang lemah dan tidak memandu atau melalui laluan air. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.