ARTIKEL

Foto Facebook JBPM

Hampir 30 kereta mini mainan musnah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Hampir 30 unit kereta mini mainan hangus dalam kebakaran berhampiran sebuah hotel di Kampung Baru di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.50 pagi sebelum sepasukan anggota bergerak ke lokasi yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

“Seramai 12 anggota tiba empat minit kemudian. Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan kereta mini permainan kanak-kanak dengan anggaran hampir 30 unit.

“Tindakan pemadaman kebakaran dilakukan dengan dua aliran pancutan air sehingga api berjaya dikawal dan tiada lagi punca api di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi semasa kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.45 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU