ARTIKEL

Hampir 300 pegawai KPDN ditugaskan bagi memantau pelaksanaan SHMMP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 189 orang pegawai penguat kuasa dan 99 pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ditugaskan bagi memantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sarawak Peter J. Berinus Agang berkata, langkah ini bagi memastikan harga dan pelaksanaan SHMMP dalam kalangan peniaga dipatuhi setelah dikuatkuasakan bermula 9 hingga 15 Nov ini.

“Antara barangan yang dikawal termasuk daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).

“Kesemua harga kawalan ini merangkumi pembelian runcit dan borong, kecuali kelapa parut (runcit sahaja) dan kelapa biji (borong sahaja).

“Justeru hari ini, kita mengadakan walkabout (lawatan) di pasar raya MYDIN bagi meninjau pelaksanaan skim harga maksimum sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Walkabout Pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023 di MYDIN Semariang, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan pada ketika ini mencukupi bagi semua barang kawalan yang terlibat.

Sementara, KPDN dalam satu kenyataan turut menegaskan bahawa kegagalan para peniaga untuk mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bakal berdepan hukuman yang setimpal

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sarawak Peter J. Berinus Agang (kiri) diiringi Pengurus Mydin Mall Cawangan Samariang Adrian@Harrison Aliasmad (kanan) meninjau harga daging barangan yang tersenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2023 – Foto: RAMIDI SUBARI

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim