ARTIKEL

Hampir empat dekad baiki seluar jean

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MEMAHAMI kehendak pelanggan serta mengutamakan kualiti jahitan adalah ‘resipi’ utama pemilik Amarru Jeans Repair, Mohd Shukri Amal, 56, kekal bertahan dalam kerjaya membaiki dan mengubah suai seluar jean, tanpa jemu sejak 38 tahun lepas.

Mohd Shukri yang mesra disapa ‘Mat’ oleh rakan-rakan dan pelanggan menjelaskan kedua-dua faktor itu amat dititikberatkan kerana ia menjadi asbab pelanggan terus mempercayai hasil kerjanya.

“Bagi saya, 80 peratus adalah menepati kehendak pelanggan manakala 20 peratus lagi kepada kualiti jahitan (seluar) itu sendiri.

Bila kedua-duanya sukses, Insya-Allah pelanggan puas hati.

“Saya amat berpegang kepada kedua-dua perkara ini dan sejak buka kedai sehingga sekarang, jarang pelanggan datang semula ke kedai kerana tidak puas hati dengan hasil kerja saya,” kata anak jati Teluk Intan itu ketika ditemui Bernama di kedainya, di Jalan Sultan Idris Shah, di sini.

Bercerita lanjut, Mohd Shukri berkata pemilihan benang amat penting bagi memastikan jahitan tampak kemas Hampir empat dekad baiki seluar jean dan bersesuaian dengan ira kain jean yang dibaiki.

Justeru, katanya sebahagian daripada benang yang diguna pakai perlu diimport seperti dari Indonesia dan Jepun.

PEMILIK Amarru Jeans Repair, Mohd Shukri Amal, 56, mengukur baju seorang pelanggan di kedainya. | Bernama

“Kebiasaannya, benang-benang ini digunakan pada seluar jean yang nilainya mencecah ribuan ringgit. Kita juga gunakan mesin jahit khas untuk pastikan kualiti jahitan menyerupai jahitan asal,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata kedai yang dibuka dari 11 pagi hingga 7 malam itu mampu menerima 15 hingga 20 tempahan setiap hari bagi pelbagai proses pembaikan jean mengikut cita rasa pelanggan.

“Kita tawarkan perkhidmatan seperti proses baiki keseluruhan struktur seluar sama ada ingin dikecilkan atau dibesarkan. Kita juga buat proses tampalan, memotong, mengecilkan serta membesarkan kaki seluar.

“Harga yang dikenakan terhadap semua proses itu bermula dari RM7 hingga RM60 sehelai selain turut bergantung kepada jenama serta material kain jean tersebut,” katanya.

Mengungkap permulaan kisah penglibatannya dalam kerjaya itu, Mohd Shukri berkata minatnya mula berputik sewaktu di Tingkatan Empat apabila diminta membaiki seluar jean koyak milik seorang rakannya.

“Berbekalkan mesin jahit arwah mak, saya pun tolong baiki seluar jean itu tanpa sebarang upah.

Daripada situ, saya mula asah kemahiran (membaiki jean) tanpa mendapat latihan khusus.

“Saya belajar sendiri dengan cara buka dan pasang semula jahitan seluar jean berkali-kali hingga saya mahir. Selepas tamat persekolahan, saya cuba nasib di Ipoh.

Berbekalkan modal yang disimpan, saya nekad buka kedai sehingga ke hari ini,” katanya.

Mohd Shukri berkata kebiasaannya jumlah pelanggan meningkat tiga hingga lima kali ganda menjelang musim perayaan seperti sambutan Aidilfitri.

Sementara itu, Badrul Hisham Baharom, 54, pelanggan tetap Amarru Jeans sejak 15 tahun lalu berkata kualiti jahitan yang halus antara sebab beliau kekal setia sebagai pelanggan.

“Kualiti jahitannya juga terbaik dan harga yang ditawarkan amat berpatutan,” katanya. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik

Prestasi ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada masa depan, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran buruh yang stabil, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

MPP perkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memperkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’ yang bertujuan menarik lebih banyak pembangunan perindustrian dan komersial ke kawasan di bawah bidang kuasanya. Menurut

BERITA TERBARU