SIBU: Hampir seribu peminat hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad Kuching City FC (KC FC) dan Nangka United di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu, petang tadi.
Seperti dijangka, mudah bagi anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim mengatasi kelab terbabit dengan kemenangan (5-0).
Aksi berlangsung tiga set dengan masa rasmi 90 minit. Bintang pertahanan tinggi lampai, Badrul Affendy menjaringkan dua gol.

Sambil tiga lagi gol dijaringkan Sudi Abdallah, Abu Kamara dan Arham Khussyairi.
Ia merupakan aksi pemanas badan ketiga buat The City Boys dalam siri jelajah ke tiga bahagian berasingan.
Menentang pilihan Mukah pada 24 Januari yang menyaksikan kemenangan (8-0) berpihak kepada KC FC.

Selain turut mencatat kemenangan (6+1) menentang pilihan Betong pada 26 Januarri.
Barisan pemain KC FC akan terbang ke Kemboja pada 1 Februari bagi menguji tiga kelab handalan dari negara jiran terbabit untuk meneruskan rangka persiapan menghadapi kempen Liga Super 2023.