ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Hannah jumpa skuad terjun dalam masa terdekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUANTAN: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan skuad terjun bagi mengetahui lebih lanjut berhubung kemelut dalaman yang berlaku dalam kem negara sehingga menjejaskan prestasi atlet di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lepas.

Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong semalam mendedahkan kepada media, terdapat ‘gangguan’ terhadap skuad terjun negara sehingga mengakibatkan kegagalan mendapatkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya akan jumpa mereka (atlet terjun) dalam masa terdekat, dan mendengar semuanya daripada mereka. Tapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, kita sekarang dalam proses untuk melakukan pembaharuan bagi ekosistem sukan kita,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Siap Kerja Trek Sintetik Stadium Darul Makmur di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Fadzli Mohamad Kamal.

Pandelela gagal melayakkan diri dalam acara 10 meter (m) platform seirama bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri selepas menamatkan saingan final di tempat ke-12 daripada 16 peserta.

Baca lain  Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Sebuyau 2024: Gelaran juara kekal milik Kembara 11

Pada Isnin lepas, atlet dalam program Road to Gold (RTG) itu memohon maaf atas kegagalannya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas terkandas pusingan kelayakan di Doha dalam acara 10m platform individu.

Sementara itu, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah melakukan pelbagai pembaharuan termasuk memberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua atlet selain jurulatih turut diberikan kenaikan gaji.

“… ada lagi ruang penambahbaikan dan kita akan jalankan lagi program ini sepanjang tahun untuk mendengar daripada kumpulan sasar iaitu atlet, jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN) kerana masing-masing ada justifikasi mereka kenapa benda ini dibuat sebegini tetapi kita akan dengarlah,” katanya.

Mengenai atlet di bawah program Road to Gold (RTG), Hannah berkata kerajaan telah menyediakan semua keperluan termasuk sumber kewangan kepada atlet yang layak dan mana-mana atlet yang bertanding.

“Sesiapa bertanding ada kemungkinan boleh menang ada boleh kalah…layakkan diri dulu. Proses itu masih berjalan antaranya untuk badminton…layakkan diri kemudian buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Baca lain  PIALA FA 2022 Sathia optimis bertemu JDT

Hannah turut memaklumkan KBS telah mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi meringankan kos bayaran elektrik di kemudahan sukan seluruh negara.

Bagi menggalakkan warga emas kekal aktif bersukan, beliau berkata MSN telah diberikan mandat untuk mengadakan kejohanan terbuka bagi semua kategori umur termasuk bagi golongan veteran. – BERNAMA

BERITA LAIN

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,