ARTIKEL

FB Hannah Yeoh

Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia atas kejayaan menjuarai Terbuka Australia 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah atas kejayaan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 semalam.

“Tahniah kepada Lee Zii Jia kerana memenangi Terbuka Australia 2024. Kekalkan momentum! #RoadtoGold, “katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Pada aksi final di Quaycentre di Sydney Olympic Park itu, bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.

Ia juga gelaran kedua Zii Jia tahun ini selepas Terbuka Thailand 2024.

Zii Jia sebelum ini secara rasmi telah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Turut mengikuti langkah beliau ialah perseorangan wanita, Goh Jin Wei serta tiga beregu lain iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran). – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP