ARTIKEL

Hantar guru jalani latihan di Taiwan atau China, kos murah tetapi standard tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadangkan supaya menghantar guru menjalani latihan perguruan di Taiwan atau China.

Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK (C) Hock Lam, Larry Sng yang memaklumkan cadangan itu berkata, ia akan memastikan standard yang lebih tinggi kepada guru-guru dan pada masa sama kosnya lebih rendah (menjalani latihan di Taiwan dan China).

“Saya harap KPM akan menghantar guru berlatih di Taiwan atau China kerana standard mereka tinggi.

Guru boleh belajar daripada budaya kerja dan disiplin mereka untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

“Berbanding belajar di England, Australia atau New Zealand, ia jauh lebih murah di Taiwan atau China, tiga atau empat kali lebih murah tetapi standardnya setanding atau lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Hari Guru SJK (C) Hock Lam di sini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Julau itu memaklumkan, tender akan dibuka bulan depan bagi kerja tanah dan meratakan tanah milik sekolah itu di Bletih.

“Tender akan dipanggil pada Julai untuk menjalankan kerja-kerja tanah dan meratakan tanah seluas 10 ekar, pemotongan cerun dan teres, penimbunan tanah dan perataan.

Kami perlu melakukannya sebelum harga diesel naik atau ia akan menjadi lebih mahal,” kata Sng.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan terima kasih kepada guru besar dan semua guru atas dedikasi dan komitmen mereka terhadap kesejahteraan pelajar.

Sebagai pengerusi sekolah, jelasnya, beliau berbangga dengan guru-guru dan akan terus memberikan sokongan penuh terhadap sebarang permintaan yang akan menambah baik persekitaran pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua guru dan pelajar.

Pada majlis tersebut, Sng turut menyampaikan insentif kepada guru-guru sebagai menghargai usaha keras mereka sepanjang tahun dalam mendidik murid-murid.

SJK(C) Hock Lam adalah satu-satunya sekolah rendah bantuan bahasa Cina di Kapit yang ia mempunyai lebih 40 guru dan kira-kira 700 murid.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU