ARTIKEL

Hantaran menghasut: Polis Sarawak kesan pemilik akaun Facebook

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Polis Sarawak sedang mengesan pemilik akaun media sosial Facebook yang mengeluarkan hantaran berunsur hasutan serta berpotensi membakar sentimen perkauman di negeri itu pada 23 Sept lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata pihaknya telah menerima laporan tentang hantaran yang dibuat akaun dengan nama “Engkecong Kampung” itu pada 26 Sept.

“Pada 23 Sept, pemilik akaun terbabit telah membuat hantaran dengan mesej seruan berunsur hasutan dan mengajak semua kaum Dayak berkumpul di Mahkamah Sibu pada 17 Okt.

“Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Sementara itu, Mancha menasihati masyarakat untuk menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengganggu keamanan masyarakat berbilang kaum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat untuk cuba memecahkan perpaduan rakyat kita yang berbilang bangsa,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu