ARTIKEL

Hantaran Taylor Swift pecah rekod

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Hantaran Taylor Swift di Instagram memecahkan rekod pendaftaran pengundi baharu dengan seramai 35,252 mendaftar pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Vote.org.

Penyanyi ‘Only the Young’ itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

“Saya pernah mendengar anda menyuarakan pendapat anda dan saya tahu betapa hebatnya suara anda,” tulis Swift yang turut berkongsi pautan ke platform pendaftaran pengundi bukan membuat untung.

“Pastikan anda bersedia untuk menggunakannya dalam pilihan raya tahun ini!” Pada hari sama, pengarah komunikasi Vote. org Nick Morrow melaporkan impak besar hantaran Swift itu.

“Fakta menarik: Selepas @taylorswift13 menulis di Instagram hari ini menggesa pengikutnya mendaftar untuk mengundi di @ votedotorg, laman sesawang kami menerima purata 13,000 pengguna setiap 30 minit.

13!” katanya di media sosial. “Reputasinya sebagai dalang sangat berjaya!” tambahnya.

Tiga belas adalah nombor bertuah Swift. Sejumlah 157,041 pengguna melawat Vote.org pada Selasa, lapor akhbar itu yang dipetik oleh Billboard.

“Pada Selasa, kami menyaksikan lonjakan 1,226 peratus penyertaan dalam sejam selepas Taylor Swift bersiaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vote.org Andrea Hailey dalam satu kenyataan.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu