Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Hanya 5 peratus rakyat Sarawak ambil dos penggalak Covid-19

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
. BERCAKAP…. Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

SERIAN: Seramai 50,000 bersamaan 5 peratus rakyat Sarawak direkodkan telah melengkapkan pengambilan dos vaksinasi penggalak kedua Covid-19.

Timbalan Premier, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, jumlah ketara kurangnya pengambilan dos penggalak secara berterusan menjadi antara punca wabak terbabit kini meningkat dalam tempoh sejak empat minggu yang lalu.

Katanya, jumlah pengambilan suntikan vaksin pertama amat memberangsangkan iaitu kira-kira 80 peratus, bersamaan seramai 1.6 juta rakyat Sarawak direkodkan secara keseluruhan.

“Masyarakat pada pengambilan dos pertama telah memberikan kerjasama yang sangat baik sehingga berebut untuk menjadi individu terawal melaksanakannya.

“1.6 juta (80 peratus) yang telah menerima vaksin pertama, berbanding pemberian suntikan booster kedua dilihat amat lemah dengan mencatat 50,000 sahaja penerima, ini sangat menyedihkan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan Covid-19 di Sarawak setakat ini.

Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan, mana-mana individu yang masih belum mengambil vaksin booster diminta untuk melengkapkannya secepat mungkin.

Ia berikutan katanya, dos vaksin juga mempunyai daya jangka hayat berdasarkan tempoh ditetapkan sebelum disahkan tamat tempoh oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah ambil dos booster vaksin sekiranya anda layak agar dapat melindungi diri,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk