Hanya Daro daerah hijau di Sarawak

KUCHING: Daerah Limbang bertukar ke status kuning daripada hijau selepas dua kes jangkitan tempatan baharu dikesan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia menjadikan jumlah daerah berstatus kuning meningkat kepada enam daerah.

“Bagaimanapun hanya satu daerah berstatus hijau iaitu Daro.

“Manakala Beluru kembali ke status jingga daripada merah dengan 39 kes jangkitan tempatan.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah menurun kepada 31 dan jingga meningkat kepada dua,” kata JPBN dalam satu kenyataan media, hari ini.

Suara Sarawak