ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Hanya dua peratus firma tempatan mampu bertahan daripada ancaman siber – Cisco

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Hanya dua peratus firma di Malaysia mempunyai tahap kesediaan ‘matang’ bagi menangani risiko keselamatan siber termaju, susut berbanding 16 peratus pada 2023, menurut Indeks Kesediaan Keselamatan Siber Cisco 2024.

Indeks yang berdasarkan tinjauan ke atas lebih 8,000 sektor keselamatan swasta serta peneraju perniagaan merentasi 30 pasaran global membuat penilaian ke atas kesediaan syarikat dalam lima tonggak utama iaitu perisikan identiti; ketahanan rangkaian; kebolehpercayaan mesin; pengukuhan awan dan kecerdasan buatan (AI).

Indeks tersebut mendedahkan bahawa lebih separuh atau 66 peratus organisasi berada di bawah tahap kesediaan ‘pemula’ atau ‘formatif’ manakala di peringkat global, hanya tiga peratus syarikat berada pada tahap ‘matang’. 

Di bawah ‘jangkaan insiden siber akan datang’, penemuan itu menyaksikan 77 peratus responden berkata mereka meramalkan insiden keselamatan siber akan mengganggu perniagaan mereka dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang.

“Kos tidak bersedia boleh menjadi besar selepas 73 peratus responden berkata mereka mengalami insiden keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus daripada mereka yang terjejas mengakui telah membelanjakan sekurang-kurangnya US$300,000,” katanya 

Baca lain  Buktikan kontraktor bumiputera berkebolehan

Di bawah ‘kelebihan penyelesaian titik’, penemuan itu melihat pendekatan tradisional mengguna pakai penyelesaian titik keselamatan siber berbilang tidak memberikan hasil yang berkesan kerana 87 peratus responden mengakui mempunyai penyelesaian berbilang titik telah memperlahankan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden.

“Ini menimbulkan kebimbangan besar memandangkan 68 peratus organisasi ini menjelaskan mereka telah menggunakan sepuluh titik atau lebih penyelesaian dalam susunan keselamatan mereka, manakala 24 peratus berkata mereka mempunyai 30 atau lebih,” katanya lagi. 

“Kita tidak boleh memandang rendah terhadap ancaman yang ditimbulkan oleh sikap terlalu yakin kita sendiri.

Organisasi hari ini perlu mengutamakan pelaburan dalam platform bersepadu serta bersandar AI untuk beroperasi pada skala mesin yang akhirnya memihak kepada kita,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Keselamatan dan Kerjasama Cisco, Jeetu Patel. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Cisco Malaysia Hana Raja berkata landskap ancaman hari ini lebih rumit berbanding sebelumnya, malahan, banyak firma di seluruh dunia termasuk di Malaysia terus ketinggalan dalam daya tahan siber mereka.

Baca lain  Belanjawan 2024 diunjur tumpu usaha imbangi pertumbuhan dan hutang mampan - RHB

“Firma-firma ini perlu menggunakan pendekatan platform yang akan menyediakan paparan data bersepadu yang mudah, selamat, ke dalam keseluruhan seni bina mereka dalam  mengukuhkan postur keselamatan selain memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” katanya. 

Tambah Cisco lagi, untuk mengatasi cabaran landskap ancaman hari ini, firma-firma ini sewajarnya mempercepatkan pelaburan yang bermakna dalam keselamatan, termasuk penggunaan langkah keselamatan yang inovatif dan pendekatan platform keselamatan bagi merapatkan jurang kemahiran keselamatan siber.

Untuk melihat laporan itu secara penuh, boleh lawati https://newsroom.cisco.com/c/dam/r/newsroom/en/us/interactive/cybersecurity-readiness-index/documents/Cisco_Cybersecurity_Readiness_Index_FINAL.pdf

— BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,