Hanya individu yang ada permit polis dibenarkan rentas zon

KUCHING: Mana-mana individu yang mempunyai kelulusan permit polis sahaja akan dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas zon.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menegaskan penggunaan pas bagi perkhidmatan penting (esential services) untuk melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) adalah tidak dibenarkan.

Dedahnya, terdapat sebelum ini pasukan operasi SJR pernah menahan beberapa cubaan individu menggunakan kad terbabit untuk melepasi kawalan sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh pasukan penguat kuasa.

“Walaupun anda seorang individu kategori perkhidmatan penting negara atau esential services, untuk rentas zon anda atau mana-mana individu perlu mendapat kelulusan permit polis terlebih dahulu.

“Jika tidak, ia termasuk kesalahan di bawah Peraturan 17(1) PPPPB(Langkah Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.

Terdahulu Ops Rentas melibatkan seramai 780 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak telah pun bermula pada Isnin (10 May) dan berakhir pada 16 May 2021.

Suara Sarawak