ARTIKEL

Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

Hanya pendidikan dapat mengubah nasib masyarakat luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ibu bapa, khususnya di kawasan luar bandar, diingatkan untuk sentiasa memberi perhatian utama kepada pendidikan anak-anak mereka.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata pendidikan akan menjadi “aset paling berguna dan berkuasa” yang akan membolehkan anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Beliau berkata kesedaran tentang pentingnya pendidikan perlu disemai sejak awal usia anak-anak supaya mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Malah, beliau percaya bahawa tidak ada cara lain untuk mengubah dan meningkatkan taraf hidup rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar, kecuali melalui pendidikan.

“Pendidikan amat penting kerana tiada cara lain yang dapat mengubah nasib kita melainkan pendidikan.

“Hanya dengan pendidikan kita dapat mengubah nasib kita dan ekonomi keluarga di masa depan,” katanya ketika berucap pada Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Bintulu 2024 di Restoran Dinner World di sini, malam tadi.

Tambah Dr Rundi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk memberi pendidikan berkualiti kepada generasi muda.

Justeru, tegasnya, menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk menggalakkan dan memberi motivasi kepada anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU