Trending

Hapus harta curi, lelaki berdepan penjara 14 bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi dua pertuduhan memiliki dan menghapuskan harta curi milik sebuah tabika di Jalan Bako, awal Disember lalu.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Sahhil Kanil, 32, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan pertama, dia yang berasal dari Kampung Gobiit dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tujuh bulan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menghapuskan harta curi dengan menjual kepada salah seorang pembeli.

Barang-barang berkenaan ialah beg hitam berlogo ‘Kemas’, pensel 5B(empat kotak), pensel 2B (lima kotak), sekotak pensel warna, tujuh unit pemadam pensel, dan 13 batang pen biru.

Bagi pertuduhan kedua, dia dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tujuh bulan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi seperti seunit mesin rumput, dan sebuah radio milik sebuah tabika.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan di sebuah tabika di Kampung Gobiit, Jalan Bako sekitar jam 9.30 pagi, 7 Disember lalu.

Menurut fakta kes, pengadu mendapat tingkap bilik darjah telah diumpil oleh orang yang tidak dikenali dan hasil pemeriksaan mendapati beberapa barang telah hilang seperti, mesin rumput, karpet, radio, pengecas telefon, perkakas alat tulis, stok kebersihan, penembak air (water jet) dengan jumlah keseluruhan kerugian RM1,800.

Pengadu kemudian membuat laporan polis hingga membawa kepada tangkapan tertuduh sehari selepas kejadian.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah memecah masuk ke sebuah tabika dengan mengumpil tingkap kelas dan mencuri barang dengan menyembunyikan di belakang rumahnya.

Selain itu, tertuduh juga cuba melupuskan barang curi dengan menjualkan kepada salah seorang pembeli wanita.

Pegawai Pendakwa ASP Hisyam Junaidi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru