ARTIKEL

Hapus penyakit denggi, bersih kawasan rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARATOK: Kes denggi telah dikesan di kawasan Kampung Melango Baru dan Kampung Melango Hulu di sini pada 16 Februari lepas.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Saratok semalam berhubung perkara tersebut selepas mesyuarat di Pejabat Daerah Saratok.

Mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Hatta Adenan selaku wakil Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Saratok, membincangkan isu wabak denggi di kawasan tersebut.

Pegawai Kesihatan dari Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Saratok, Mohd Buhaiqi Madi, memberikan taklimat mengenai keadaan semasa wabak denggi di kawasan kampung yang terjejas.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, Dr Mohd Nur Azam, menegaskan bagi memastikan masyarakat bebas daripada wabak denggi, langkah pencegahan dan penanganan wabak denggi perlu diberi keutamaan dan menjadi tanggungjawab bersama.

Setiap penduduk digalakkan untuk membersihkan kawasan rumah bagi mencegah atau mengurangkan risiko denggi, termasuk mengadakan gotong-royong.

Selain itu, kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kesihatan adalah penting bagi memastikan aktiviti pencegahan wabak denggi dapat dilaksanakan secara berkesan.

Baca lain  UCSI perkenal Diploma Pengurusan Acara

Dalam kerjasama strategik, melalui program ‘Info On Wheels’, JaPen Daerah Saratok akan melaksanakan hebahan awam kepada masyarakat bagi mewar-warkan ancaman wabak denggi dan langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes.

Denggi merupakan penyakit virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk aedes dengan gejalanya seperti demam tinggi, sakit kepala, ruam, nyeri sendi dan nyeri otot.

Komplikasi teruk seperti denggi berdarah boleh berlaku dan mengancam nyawa jika tidak dirawat segera.

Gambar: Peserta Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi yang dipengerusikan oleh Hatta Adenan (duduk tengah). – JaPen

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,