ARTIKEL

Harapan keluarga bahagia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KELUARGA bahagia merupakan idaman setiap pasangan yang baharu berkahwin.

Hasrat mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata merupakan impian kebanyakan individu.

Namun, keluarga bahagian seolah-olah sukar dicapai sesetengah pihak termasuklah di Malaysia Kes penceraian di Malaysia meningkat 43.1 peratus daripada 43,936 kes pada 2021 kepada 62,890 kes pada 2022.

Kebahagiaan sesebuah keluarga bukanlah tercipta dengan sendirinya sebaliknya memerlukan usaha berterusan.

Berikut lima tip untuk keluarga bahagia pada pandangan penulis.

PERHATIAN UNTUK KELUARGA

Kurangnya perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

Memberi lebih perhatian adalah salah satu perkara utama bagi memastikan keluarga bahagia.

Apabila anda berasakan pasangan tidak memberi perhatian yang baik, ia boleh membuat anda kecewa, keliru dan sedih.

Kekurangan perhatian sudah tentu, memberi kesan negatif dan pada jangka masa panjang boleh menjadi jurang antara pasangan atau anak.

Justeru, perhatian dengan lebih komunikasi dan pemantauan memastikan sesebuah keluarga lebih “hidup” dan harmoni.

MASA BERKUALITI

Ramai memandang remeh soal masa berkualiti bersama-sama ahli keluarga.

Masa berkualiti menyebabkan pasangan atau ahli keluarga berasa teruja untuk bersamasama anda.

Sebarang aktiviti yang diluangkan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Masa berkualiti boleh dilakukan di dalam rumah, aktiviti luar rumah atau bercuti ke luar negara.

PERCAYA

Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan dengan orang lain bagi menjaga batas dan menjaga hati masing masing.

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri bergaul dengan orang sekeliling terutama dengan keluarga dan rakan wanita.

Menimbulkan keraguan sembarangan dan menuduh boleh menjadi punca pergaduhan.

Pantau dan siasat sebelum menuduh.

Pasangan juga haruslah tidak memecahkan kepercayaan yang diberikan sehingga menimbulkan keraguan.

TELADAN

Anak ialah tanggungjawab dan amanah ibu bapa.

Justeru, ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kerana anakanak banyak meluangkan masa bersama-sama mereka.

Cara bercakap, tingkah laku dan adab boleh diajar pada peringkat awal di rumah.

Elakkan sikap negatif seperti bergaduh, maki hamun dan penderaan.

DIDIKAN AGAMA DAN MORAL

Didikan agama dan moral dapat membantu membentuk nilai sahsiah sekali gus menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia.

Dengan kemajuan teknologi masa kini seperti media sosial, anak-anak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya mereka contohi.

Jadi didikan agamalah yang akan menjadi benteng bagi pengaruh tersebut.

Kesimpulannya, setiap ahli dalam keluarga memainkan peranan penting untuk membentuk keluarga bahagia.

Berikan kasih sayang, perhatian, saling menghormati, saling memahami dan saling memaafkan antara ahli keluarga akan membantu membentuk keluarga bahagia.

BERITA LAIN

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Mampu perkasa pelancongan Sarawak

Abang Johari berkata, lokasi pembinaan lapangan terbang sudah dikenal pasti dan beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Tambahnya, Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Malaysia Airport

Jadikan S’wak hab penerbangan serantau

PEMBANGUNAN di Sarawak dilihat semakin pesat dengan pelan dan rancangan jangka panjang berskala besar. Bukan sahaja dari segi ekonomi tenaga boleh diperbaharui, malah aspek logistik

BERITA TERBARU