ARTIKEL

TAHNIAH… Seramai 114 penerima Sijil Apresiasi Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 Sarawak, lima daripada penerima ialah pelajar berstatus OKU. Foto GHAZALI BUJANG

Harapan selepas SPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia adalah peperiksaan penting, sebagai detik permulaan anak-anak muda untuk mengembara dan meneroka alam akademik di menara gading.

Namun ribuan pelajar juga meraih keputusan kurang cemerlang, sederhana, kandas dan gagal.

Seramai 11,713 calon SPM 2023 atau 3.1 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik, berbanding 2022 iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.

Sebahagian besar calon lulus, sekurang-kurangnya kepujian.

Seramai 10,160 daripada 383,685 calon dilaporkan tidak hadir peperiksaan.

Di Sarawak pula, 726 pelajar meraih keputusan cemerlang.

Kesemua calon memperoleh semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Daripada 114 penerima Sijil Apresiasi Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 Sarawak, lima daripada penerima ialah pelajar berstatus OKU.

Malah setiap tahun juga, mereka yang cemerlang akan menjadi tumpuan lensa kamera, sama ada untuk disiarkan dalam media cetak mahupun media elektronik.

Ia sudah menjadi tradisi media di negara ini, bahawa, pelajar cemerlang akan menjadi sumber berita penting setiap kali keputusan SPM diumumkan.

Mereka akan menjadi inspirasi dan dorongan pelajar lain, terutama yang bakal menduduki peperiksaan besar itu.

Sekurang-kurangnya tip yang diberikan boleh membantu.

Dan sebahagian besar pelajar cemerlang berpendapat, bahawa disiplin, kerja keras, sokongan guru, ibu bapa, dan adik beradik, sebagai ‘azimat’ untuk berjaya.

Yang pasti, ia juga adalah kerana, keinginan, cita-cita dan harapan, demi masa depan, diri sendiri dan keluarga.

Misalnya, pelajar cemerlang Sarawak 2023, yang meraih 11 A+, menjelaskan bahawa kejayaannya adalah hasil usaha gigih.

“Saya benar-benar bergelut, menelaah pelajaran, serta berbincang dengan rakan-rakan sekelas.

Malah saya mempunyai jadual pembelajaran yang cukup ketat dan padat,” ujarnya.

Terdapat juga pelajar cemerlang menerapkan amalan tertentu, sama ada dari segi rohaniah, mahupun pemakanan.

Misalnya, pelajar cemerlang dari Kota Bharu, Kelantan, yang meraih 9A+ dan 2A, mengamalkan bacaan ayat Kursi setiap hari, sebagai penenang jiwa, malah membolehkannya sentiasa fokus terhadap pelajaran.

Ada juga yang mengamalkan sembahyang sunat tahajud, sebelum memulakan pembelajaran.

Malah ada pelajar yang mengamalkan pemakanan tertentu, seperti telur separuh masak, serta makanan berkhasiat, sebagai tambahan untuk melancarkan proses pembelajaran.

Namun ia adalah faktor sampingan, namun tidak boleh diperkecil.

Pemakanan sihat dan betul, pasti akan memberi kesan yang baik kepada tubuh badan, mahupun psikologi.

Bagaimana boleh belajar jika kurang sihat atau sering sakit-sakit, atau demam-demam.

Teknik belajar juga penting.

Ia antara tip pelajar cemerlang.

Yang pasti, pelajar cemerlang SPM 2023 tentunya sudah membuat persiapan, memohon kursus di pusat pengajian tinggi, sama ada dalam negara atau luar negara.

Pelajar harus bijak membuat pilihan agar tidak menyesal kemudian hari.

Seperti yang pernah dinasihatkan oleh penghibur tersohor negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad kepada salah seorang lepasan SPM, puluhan tahun yang lampau.

“Pilih ikut kecenderungan kita sama ada memilih akademik mahupun kemahiran, berdasarkan kepupayaan kita,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa, beliau sendiri mempunyai ijazah dan jurusan undang-undang, namun memilih untuk menjadi penyanyi kerana minat.

Bagaimana pula pelajar yang gagal?

Adakah kurang cemerlang atau pencapaian yang amat sederhana, boleh dikategorikan sebagai gagal?

Apakah faktor yang menyebabkan golongan ini gagal, mungkin pihak media juga perlu mengupas dan mengulas tentang pelajar yang gagal ini, sebagai maklumat penting untuk rujukan, generasi pelajar baharu… sekurang-kurangnya mereka tahu dan sedar, akan punca kegagalan.

Kebiasaannya ia adalah berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh pelajar cemerlang.

Bagaimanapun, calon yang gagal tidak seharusnya menjadikan ia sebagai detik penamat, dalam mengejar impian dan cita-cita.

Seperti juga pelajar cemerlang, pelajar yang gagal harus menjadikan era selepas SPM sebagai satu permulaan, sekurang-kurangnya sebagai langkah awal untuk bangkit.

Mereka ini ada dua pilihan, sama ada mengambil semula peperiksaan untuk memperbaiki keputusan atau menceburi bidang lain.

Hakikatnya gagal SPM tidak semestinya gelap masa depan!

Ada banyak cara untuk bangkit semula, dan memperbaiki pencapaian diri, tidak semestinya dalam bidang akademik.

Ini kerana setiap manusia mempunyai kecenderungan masing-masing, yakni ada keistimewaan, yang tidak ada pada orang lain.

Ramai yang berjaya di luar sana, tidak semestinya melalui akademik.

Apa yang penting ialah kebijaksanaan menghidu peluang, terpulang kepada pelajar untuk memanfaatkannya.

Memang tidak dapat dinafikan akademik cukup penting, tetapi ia bukan satu-satunya jalan untuk berjaya dalam hidup, terdapat banyak lagi simpang lain yang boleh dilalui.

Sekitar empat dekad yang lalu, saya mempunyai seorang rakan di sekolah rendah, tetapi bukan sekelas.

Beliau tidak begitu berminat dalam pelajaran, sehingga ke sekolah menengah, dan hanya mendapat keputusan ‘suam-suam kuku’ dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau lebih dikenali sebagai SRP.

Namun dapat lolos ke tingkatan empat, dan turut lulus ‘cukup makan’ dalam SPM.

Beliau memilih untuk bekerja pada usia yang terlalu muda, 18 tahun, sebagai buruh kasar, sehinggalah berusia 23 tahun.

Beliau akhirnya berkerja sebagai kerani biasa dengan gaji yang agak kecil, namun pada masa yang sama beliau juga bekerja sambilan, sebagai penternak dan petani.

Berkat usaha gigih, beliau kini sebagai seorang usahawan berjaya, kerana dapat membantu keluarga, sanak-saudara dan orang-orang kampung.

Malah beliau juga mempunyai aset, empat buah rumah, tanah puluhan ekar dan empat buah kereta.

Beliau pernah berkata; “Saya melalui kehidupan yang tidak mudah… keluarga saya bukanlah orang senang.

Saya banyak belajar melalui pengalaman dan pergaulan, yang saya amalkan dalam perniagaan sederhana saya ini.

Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada saya, keluarga, tetapi juga orang lain.”

Saya boleh kategorinya rakan saya ini sebagai orang yang bijak menghidu peluang, walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

Kelebihan beliau ialah bijak berkomunikasi dan keramahan ketika bergaul dengan ramai orang, terutama yang lebih tua daripadanya.

Malah pada usia awal 20-an beliau mempunyai ramai kenalan dan rakan-rakan yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Beliau mengakui banyak menimba pengalaman daripada golongan ini, tentang selok-belok kehidupan, mahupun perniagaan.

Jangan jadikan kegagalan dalam SPM sebagai penghalang untuk meraih kejayaan.

Yang pasti, Kerajaan Sarawak sentiasa komited menyediakan pelbagai peluang dan bantuan pengajian dan pendidikan untuk anak-anak Bumi Kenyalang mengejar cita-cita, melalui pelbagai peringkat kelulusan akademik.

Malah turut disediakan aneka bidang, termasuk pendidikan teknikal bagi memenuhi hasrat, mencapai negeri maju pada 2030.

Ia bermakna, semakin ramai tenaga profesional tempatan yang mahir dalam bidang masing-masing, dalam tempoh tiga hingga tujuh tahun akan datang.

Mereka inilah yang akan menyahut seruan negeri maju.

BERITA LAIN

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

Jutawan 60 tahun

PENGARAH Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak Aminuddin Abdul Aziz mendedahkan kepada Suara Sarawak — di Sarawak sekitar 1,700 daripada 850,000 pencarum daripada pelbagai

Di sebalik tabir Euro 2024

PENYOKONG fanatik England, Gordon Thomas, 39, ditangkap di Lapangan Terbang Manchester pada petang 18 Jun lalu, di bawah Akta Penonton Bola Sepak 1989 selepas kembali

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja