ARTIKEL

Harapan untuk Balingian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN merupakan satu daerah kecil yang terletak di salah satu kawasan dalam bahagian Mukah dan ia terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Mukah.

Mempunyai keluasan berukuran 3,032 km persegi dan berada dalam kawasan pedalaman, DUN Balingian kini diterajui Abdul Yakub Arbi yang kini membawa misi dan visi rakyat di kawasan berkenaan.

SUARA SARAWAK: Dalam membangunkan kawasan Balingian ini, boleh kongsikan visi yang akan dibawa?

Abdul Yakub Arbi: Visi saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini untuk menaik taraf Balingian ini kepada satu daerah penuh boleh memudahkan urusan pentadbiran di kawasan itu. Ini sekali gus akan membawa pembangunan di kawasan ini.

Bagaimana pula persediaan YB untuk Balingian menjadi satu daerah yang penuh?



Penekanan saya di sini membina dan menaik taraf infrastruktur di kawasan ini seperti pejabat daerah yang kini telah siap, stadium mini yang bakal siap Ogos ini, sekolah menengah masih dalam proses pembinaan, pembinaan hotel serta lain-lain infrastruktur dari segi prasarana kedai dan sebagainya.

Adakah kawasan Balingian ini hadapi sebarang isu?

Setakat ini, kita dalam keadaan yang baik dan jaringan elektrik dan bekalan air sudah mencapai tahap 90 peratus.

Apakah antara pembangunan yang ada di Balingian dan pelan pada masa hadapan pula?

Pada masa ini, kita telah membangunkan tebingan sungai yang sudah siap.

Seterusnya saya ingin melakukan aktiviti pelancongan di Balingian Kami juga mengadakan Pesta Bederun yang bakal diadakan pada 2 hingga 4 Jun ini.

Mungkin ada lain boleh dikongsi?

Ini boleh dicapai melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Saya memohon jalan raya dari Loji Jana Kuasa Arang Batu Balingian terus ke agensi Balingian.

Penduduk di rumah panjang dapat turun ke Balingian sekali gus dapat meningkatkan jumlah penduduk dan mengembangkan ekonomi rakyat dengan berjual di kawasan ini.

Mungkin YB boleh kongsikan harapan untuk Balingian?

Harapan saya untuk meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan ini dan meningkatkan jumlah penduduk untuk kawasan Balingian.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan