ARTIKEL

Harga baharu kit ujian kendiri COVID-19 diumum minggu depan – Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengurangan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 akan diumum minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Jika sebelum ini saya pernah katakan ia akan dikurangkan pada Disember, berita baiknya kita tidak perlu tunggu sampai Disember, kita boleh turunkan November ini, jadi saya akan umumkan minggu depan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2022 di sini semalam.

Nanta berkata penetapan pengurangan harga bakal diumumkan nanti mengambil kira kepentingan rakyat dan semua pihak terlibat setelah melalui libat urus dengan pihak berkaitan.

September lepas kementerian itu menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing pada harga RM16 dan RM19.90.

Beliau berkata KPDNHEP setakat ini meluluskan 2,500 premis atau syarikat untuk menjual kit ujian kendiri itu bagi memudahkan pengguna mendapatkannya dan pihaknya juga mengalu-alukan lebih banyak syarikat dan premis yang berminat menjual kit itu supaya tampil memohon kepada kementerian.

Sementara itu, mengulas mengenai Bajet 2022, Nanta berkata peruntukan RM1.15 bilion diperoleh kementerian adalah sama seperti tahun lepas yang antaranya akan digunakan untuk melaksanakan program food stamps (bantuan bakul makanan) kepada golongan sasar terkesan.

“Kita akan bekerjasama dengan DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) untuk mengesan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata selain itu turut diberi perhatian ialah peruntukan RM200 juta untuk melaksanakan community drumming iaitu bagi membantu pengurangan harga barang keperluan bagi penduduk di kawasan pedalaman dan pulau-pulau.

Di samping itu, peruntukan kepada pemerkasaan program francais dan e-dagang akan diberi perhatian.

Bajet 2022 dibentang semalam dengan nilai peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion untuk menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi makmur serta mampan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat semalam berkata bajet mengembang itu mengambil aspirasi konsep Keluarga Malaysia dan turut dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat