Harga barangan asas perayaan dijamin stabil

SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2021 sebagai langkah mengawal kenaikan harga barangan keperluan semasa Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Ketua KPDNHEP Cawangan Sarikei Mohamad Zawawi berkata, pelaksanaan SHMMP HRP 2021 dilakukan secara berfasa iaitu fasa pertama merangkumi 12 jenis barang berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei melibatkan empat kategori barangan iaitu ayam, telur ayam, daging dan hasil laut.

Katanya, fasa kedua berkuat kuasa pada 6 hingga 20 Mei manakala, tempoh kuat kuasa bagi SHMMP HRP 2021 fasa kedua ialah selama 15 hari iaitu 7 hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas perayaan.

“Pelaksanaan SHMMP HRP 2021 secara berfasa ini bertujuan menstabilkan harga barang yang kritikal dan mengawal kenaikan harga daripada terus berlaku.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021

Suara Sarawak