ARTIKEL

Harga getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menaik minggu depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menaik sedikit minggu depan disebabkan jangkaan pengeluaran yang lebih rendah.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia Denis Low berkata akan ada aktiviti penambahan stok biasa manakala minat terhadap lebih banyak pembelian stok getah bergantung kepada keadaan cuaca.

“Terdapat hujan yang tidak menyeluruh dilaporkan di beberapa wilayah pengeluar getah dan ini akan mengurangkan produktiviti dan pengeluaran,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang peniaga lain berkata harga akan terus mengikut prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS dan penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah peningkatan jangkaan untuk lebih banyak langkah rangsangan dari China bagi membantu pemulihan ekonomi.

“Pasaran akan memantau potensi pengurangan kadar utama pinjaman penanda aras China minggu depan dan petunjuk lanjut tentang dasar monetari AS,” katanya.

Pada asas mingguan, harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat lima sen kepada 615 sen pada Jumaat daripada 610 sen sekilogram (kg) seminggu sebelumnya.

Susu getah pukal turun 6.5 sen kepada 499 sen sekilogram daripada 505.5 sen sekilogram sebelumnya.

Pada 5 petang Jumaat, harga rujukan LGM bagi getah fizikal GMM 20 berada pada 616.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 498.5 sen sekilogram. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.  Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup