Trending

Harga petrol, diesel kekal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Sumber: FB Kementerian Kewangan

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah bagi tempoh 14 sehingga 20 September ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru