ARTIKEL

Foto Freepik.com

Harga petrol, diesel kekal hingga 1 November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 26 Oktober hingga 1 November.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan harga itu berasaskan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU