Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula hari ini sehingga 12 Julai, kata Kementerian Kewangan (MOF).
MOF dalam satu kenyataan berkata RON97 kekal pada RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya.