ARTIKEL

Harga petrol, diesel kekal hingga 19 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula hari ini sehingga 19 Julai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam satu kenyataan memaklumkan RON97 kekal dengan harga RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel sebanyak RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut MOF.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU