ARTIKEL

Harga petrol, diesel kekal hingga 5 Julai 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel dikekalkan untuk tempoh bermula 29 Jun hingga 5 Julai ini, kata Kementerian Kewangan (MOF). 

MOF dalam satu kenyataan hari ini berkata, RON97 kekal pada harga RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter. 

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya. 

Kementerian itu memaklumkan kerajaan juga terus memantau trend harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya