ARTIKEL

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 16 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 kekal RM3.37 seliter, RON95 RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol dan diesel meskipun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Maul Lang puh nyapai juluk nyadi pemerindang

SYLVESTER RIANGsuarasarawak.news@gmail.com GENAP iku kitai bela ngembuan minat enggau juluk kediri empu ba sesebengkah pengawa tang ukai reti semua juluk nya ulih dikeamat baka ti