ARTIKEL

Harga RON95 Dan RON97 naik 6 sen, diesel naik 5 sen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik enam sen daripada RM1.25 kepada RM1.31 seliter, dan RM1.55 kepada RM1.61 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel juga naik lima sen seliter, daripada RM1.40 kepada RM1.45 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli