ARTIKEL

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Februari ini.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan kadar itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU