ARTIKEL

Harga telur ayam gred A, B, C turun 3 sen sebiji mulai hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan tiga (3) sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kini harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.

“Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Labuan juga akan diselaraskan mengikut bahagian dan zon yang diwartakan.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan perkembangan semasa yang menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam, khususnya bahan asas kepada makanan ayam.

“Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat,” katanya.

Berhubung penyeludupan diesel, Anwar berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggerakkan Ops Tiris yang berlangsung sejak 1 Mac 2023 bertujuan membanteras permasalahan penyelewengan diesel bersubsidi yang memanfaatkan pihak tidak layak.

Hingga 31 Disember 2023, sebanyak 6.44 juta liter diesel dianggarkan berjumlah RM14.12 juta telah dirampas.

Anwar berkata hasil dan perkembangan baik operasi tersebut, Ops Tiris 3.0 pula dijalankan dengan skop yang diperluas mencakupi barang-barang kawalan lain, iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan beg poli 1 kilogram (kg), petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).

Hingga 14 Jun lepas, barang kawalan bernilai RM12.96 juta telah dirampas, dengan diesel menjadi barangan kawalan tertinggi yang diseludup dan diseleweng.

“Lantaran itu, Kerajaan MADANI akan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan subsidi tidak dihapuskan, tetapi apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.

Malah, katanya kerajaan masih perlu menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata tujuan utama dasar penyasaran subsidi diesel adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak.

“Hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini tentunya akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg) sejak Kerajaan MADANI mengambil alih tampuk kepimpinan, walaupun harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890 per tan metrik.

Beliau berkata sebagai contoh, dengan harga CPO RM4,215 per tan metrik pada bulan Mac dan RM4,256 per tan metrik pada April, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga RM33-RM35. – BERNAMA

BERITA LAIN

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Nadin Amizah tampil memukau di Weekend Fest

PENYANYI dan artis Nadin Amizah tampil memukau pada hari kedua Weekend Fest 2024 di QBIG, Tangerang, Indonesia dengan mempersembahkan lapan buah lagu istimewa. Walaupun diiringi

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program