ARTIKEL

Hargai diri sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SABAR itu ada batasnya.

Demikian ayat yang sesuai bagi menggambarkan watak wanita yang mengabdikan diri kepada suami dan keluarga dalam drama yang menjadi perbualan hangat berjudul Dr Cha.

Selepas 20 tahun pengorbanan Cha Jung Suk (Uhm Jung Hwa), tiada sesiapa pun menghargainya. 

Demi mengimpikan sebuah keluarga sempurna, Dr Cha yang merupakan doktor pelatih sanggup berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Lebih menyedihkan, Jung Suk ditakdirkan jatuh sakit dan memerlukan pembedahan hati untuk sembuh. 

Ketika itu, barulah dia sedar dan terkesan terhadap ibu mentuanya yang tegas tidak mahu si suami, Seo In Ho mendermakan hati untuknya. 

Nasib Jung Suk baik apabila menerima penderma hati dan melakukan pembedahan. 

Selepas sembuh, Jung Suk nekad menikmati kegembiraan yang tidak pernah dirasai sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah wang yang banyak milik suaminya. 

Sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri. 

KERJAYA DIRI

Keputusan Jung Suk kembali menjadi doktor mendapat bantahan ramai termasuk suaminya yang tidak yakin keupayaannya atas faktor usia. 

Bukan itu sahaja, kemelut melanda hubungan Jung Suk dan suaminya seolaholah tidak menemukan jalan penyelesaian.

Suaminya ada hubungan dengan kekasih lama sejak 10 tahun lalu. 

In Ho dari awal membantah keputusan Jung Suk menjadi doktor, bagaimanapun terpaksa akur apabila Jung Suk berjaya dalam temu duga tersebut. 

TEKAD

Pengajarannya, jangan terlalu berkorban demi orang lain. 

Sedihnya watak Jung Suk yang sanggup korbankan citacitanya demi keluarga tercinta.

Pengakhirannya, diri sendiri yang banyak makan hati. 

Seolah-olah dirinya hanya pembantu rumah. Walaupun secara kasar peranan suri rumah nampak mudah, tetapi sejujurnya penat lebih-lebih lagi sekiranya tidak mendapat sokongan ahli keluarga. 

Drama ini turut menyampaikan mesej bahawa usia bukan penghalang kepada cita-cita. 

Bangkitnya wanita apabila pengorbanan selama 20 tahun tidak dihargai. Kemudiannya sedar bahawa utamakan diri sendiri terlebih dahulu adalah kebahagiaan sebenar. 

Sehinggakan keputusan untuk menjadi doktor semula turut mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak. 

Namun, cabaran tersebut bukan halangan untuk dia teruskan perjuangan sebagai wanita yang cita-citanya tertangguh kerana lebih mementingkan keluarga. 

Kepada wanita, jangan takut bangkit dan berjuang demi masa depan sendiri, kerana hanya diri sendiri yang dapat membantu kita. 

Ia membantu membuka mata dan menepis persepsi berkaitan usia dan wanita dalam kerjaya.

Biarpun pengorbanan itu perit, tetapi ia harus diteruskan kerana biasanya pelangi selepas hujan. 

Drama ini juga mengajar kita sebagai wanita agar memiliki kerjaya sendiri, menghargai diri sendiri dan usia bukan penghalang untuk berjaya.

BERITA LAIN

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Rumah terakhir di dunia

DALAM tempoh kurang setahun, saya dikejutkan dengan pemergian empat saudara terdekat. Ada yang “pergi” kerana disahkan tidak ada harapan dan ada yang mati mengejut. Kurang

TVET BUKAN PILIHAN TERAKHIR

MENGIMBAU zaman di bangku sekolah menengah pada belasan tahun dahulu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi pilihan terakhir bagi para pelajar yang

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

BERITA TERBARU