ARTIKEL

JUMA’ANI Tun Tuanku Bujang bersama-sama yang lain menggaulkan Yee Sang pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Premier Sarawak 2024 di Atrium DUN, semalam.

Hargai pengorbanan isteri pemimpin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluahkan penghargaan kepada isteri-isteri pemimpin negeri kerana memahami tanggungjawab suami terhadap rakyat.

Menurutnya, masa itu penting walaupun perlu mengorbankan kepentingan diri untuk melaksanakan tugas pada hujung minggu.

“Terima kasih kepada para isteri kerana memahami tugas suami kerana masa itu penting dan kami perlu melaksanakan tugas walaupun pada hujung minggu.

“Kami sebagai pemimpin negeri hanya mempunyai hujung minggu terpilih untuk dihabiskan bersamasama anda (isteri).

“Kadangkala, mungkin para isteri mempunyai masa lapang, tetapi bagi kami, penting untuk meluangkan setiap hujung minggu bersamasama rakyat, mengkaji dan menilai peringkat pembangunan yang telah kami capai.

Oleh itu, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Premier Sarawak 2024 di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) merangkap pengerusi pengelola program, Datuk Hii Chang Kee.

Baca lain  Tumpu kawasan hutan pernah terbakar

Dalam pada itu, Abang Johari memuji sambutan Tahun Baharu Cina bersama-sama kakitangan Jabatan Premier Sarawak sebagai acara bermakna yang memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan penjawat awam.

Beliau menekankan kepentingan saling menghormati budaya antara satu sama lain, sambil menyatakan gaya kerja unik Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS), yang beroperasi dengan agenda untuk membangunkan Sarawak sebagai negeri maju di Malaysia menjelang 2030.

“Saya yakin SCS agak berbeza dengan perkhidmatan awam di negeri lain di Malaysia kerana kami beroperasi sebagai satu pasukan, tanpa mengira latar belakang atau jawatan.

“Kami berkongsi objektif yang sama iaitu membangunkan Sarawak menjadi negeri paling maju di Malaysia menjelang 2030.

“Saya bagi pihak Kabinet merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh penjawat awam, membolehkan kami menjalankan tugas yang diamanahkan untuk membangunkan negeri tercinta ini,” ujarnya.

Hadir sama isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan tetamu kehormat yang lain. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU