ARTIKEL

Ahli Jawatankuasa Penganjur (Publisiti), Ruekeith Jampong.

Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia di Redeem Centre, Bau dijangka disertai 200 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat kupasan topik utama akan menjadi fokus perbincangan pada Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang dianjurkan di Sarawak, tahun ini.

Ahli Jawatankuasa Penganjur (Publisiti), Ruekeith Jampong, berkata Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) meraikan hari peringkat kebangsaan tersebut di Sarawak selepas tahun lepas di Sabah.

“Hari tersebut ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam resolusi 49/214 pada 23 Disember 1994, untuk memperingati mesyuarat pertama Kumpulan Kerja PBB tentang Populasi Orang Asli pada tahun 1982.

“Apa yang menarik di Sarawak tahun ini, JOAS akan menampilkan beberapa siri seminar dan perbincangan yang memfokuskan kepada isu kritikal melibatkan orang asli di Malaysia, antaranya yang pertama, rangka kerja undang-undang dan pelindungan untuk hak orang asal.

“Kedua pemeliharaan budaya dan penghantaran pengetahuan tradisional, topik ketiga pembangunan mampan dan penjagaan alam sekitar di wilayah, tanah dan sumber orang asli serta topik akses kesihatan dan pendidikan untuk komuniti orang asli terpencil,” beliau memaklumkan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya lagi, ia bertujuan memupuk amalan berkongsi pengetahuan dan membangunkan strategi untuk menyokong hak dan kesejahteraan orang asal.

Jelasnya, sambutan peringkat global tahun ini bertemakan ‘Protecting the Rights of Indigenous Peoples in Voluntary Isolation and Initial Contact’.

Menurut Ruekeith lagi, sambutan yang akan diadakan di Bau (Redeem Centre, Tondong) pada 9-10 Ogos 2024 itu dijangka disertai 200 peserta dari seluruh negara.

“JOAS komited untuk memperjuangkan dan mempromosikan hak orang asal di seluruh Malaysia.

“Dengan 118 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia sebagai ahli, JOAS tanpa jemu menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat orang asli, termasuk isu berkaitan hak tanah, pemeliharaan budaya dan akses kepada perkhidmatan asas.

“JOAS bergabung dengan Pakatan Orang Asli Asia (AIPP), yang diakreditasikan kepada Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” tambahnya.

Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia telah ditubuhkan untuk mempromosi dan melindungi hak penduduk asli dunia dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada masyarakat global.

BERITA LAIN

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

Berani cakap berani hadap

KEMATIAN seorang pempengaruh baru-baru ini kerana tidak tahan berdepan dengan buli siber membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai membuat ugutan terhadap pempengaruh itu. Sudah