Trending

Hari Berandau dan Koperasai Kluster Koko Sarawak pada 30 Sept ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Poster HBKS23

SAMARAHAN: Usaha mempromosikan industri koko kepada masyarakat terus digiatkan Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan mengadakan Hari Berandau Dan Koperasi Kluster Koko Sarawak 2023 (HBKS23).

HBKS23 bakal disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Sri Fadillah Yusof pada 30 September ini.

Sebanyak 16 aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung antaranya “Cocoa Fun Run”, zumba, memanah, berkayak, cabutan bertuah, ATV, berbasikal, teka biji koko, ladder game, treasure hunt, koko tarik, dekorasi kek dan banyak lagi.

Acara “Cocoa Fun Run” bersempena HBKS23 menawarkan barangan elektrik yang bernilai sebanyak RM 1000 kepada para pemenang serta pendaftaran peserta bagi adalah melalui pautan https://forms.gle/DNBJa339VkMCtxsB7.

Selain itu pengunjung juga akan didedahkan dengan cara penghasilan produk coklat dari biji Koko.

Aktiviti-aktiviti semasa HBKS23 dijangka bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 5.30 petang serta masuk adalah percuma.

Lembaga Koko Malaysia dengan kerjasama Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad (3KQ) menjemput dan mempelawa orang ramai untuk berkunjung ke Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Koko, Kota Samarahan, Sarawak bersempena dengan HBKS23 yang bakal diadakan.

HBKS23 merupakan anjuran LKM dengan kerjasama Nestle’ Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Koperasi Kluster Koko Sabah Berhad, Koperasi Kluster Koko Semenanjung, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Kerja Raya serta Kelab Memanah Sibu.

Aktiviti sepanjang HBKS23
Peta Lokasi Aktiviti

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru