ARTIKEL

Hari Bersama Pelanggan DBKU di Tebingan Kuching, Ahad ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: DBKU mengadakan Hari Bersama Pelanggan DBKU bertempat di Tebingan Kuching, Ahad ini, 19 Mei.

Hari Bersama Pelanggan ini bertujuan mendapat maklumat lebih tepat dan telus, tetap menjadi pilihan sebahagian orang awam terutama dalam hal perbandaran.
Jurucakap DBKU berkata, ini membuka ruang kepada warga kota dan komuniti untuk berurusan dengan DBKU.

“Hal ini kerana kesibukan dengan rutin harian untuk berurusan dengan mana-mana agensi merupakan salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh wargakota dan komuniti.

“Meskipun adanya aplikasi dalam talian, namun perkhidmatan secara bersemuka dapat membantu memperoleh maklumat yang tepat,” ujarnya dalam kenyataan media.

Tambahnya, orang ramai boleh hadir pada hari pelanggan ini dari 8 pagi hingga 12 tengah hari, Ahad ini.

“Selain program Hari Bersama Pelanggan, DBKU juga turut menganjurkan Program Bebas Kenderaan Kuching (KCFM) pada pagi yang sama.

“Oleh itu, orang ramai dinasihat merancang perjalanan masing-masing.

“Hal ini kerana KCFM semakin mendapat tempat di hati semua orang dan merupakan program riadah santai dalam mendidik orang awam menjaga alam sekitar,” jelasnya.

Kemuncak program ini ialah “The Malaysia Book of Record Attempt for Most Participants Wearing Ethnic Attire in a Choreographed Dance Performance” dengan kerjasama Rotary District 3310, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Affin Bank dan DBKU.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU