ARTIKEL

Hari ini, Dewan Keselamatan mengundi tentukan keanggotaan penuh Palestin di PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Dewan Keselamatan PBB pada Khamis, hari ini, mengadakan pengundian menentukan cadangan Palestin menjadi negara anggota penuh PBB.

Palestin pada awal April 2024 kembali mengajukan keanggotaannya di PBB, yang kali pertama diajukan pada 2011.

Amerika Syarikat (AS) menggunakan hak veto berulang kali menolak pengajuan tersebut.

PBB melalui Sidang Umum dapat menerima negara anggota baharu dengan dua pertiga suara majoriti, tetapi harus mendapat persetujuan Dewan Keselamatan PBB terlebih dahulu.

Blok Arab Group pada Selasa lepas mengeluarkan kenyataan menegaskan sokongan teguh perihal pengajuan Palestin tersebut.

Aljazair anggota tidak tetap Dewan Keselamatan PBB merancang resolusi agar PBB menerima Palestin sebagai anggota.

Setakat ini, 137 daripada 193 negara anggota PBB mengakui Palestin sebagai negara sehingga meningkatkan harapan pengajuan kali ini disokong pada Sidang Umum.

Kini, hanya AS yang mempunyai kuasa veto, menjadi penghalang bagi memenuhi harapan Palestin tersebut.

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

BERITA TERBARU